Hikayat Raja Donan
Kisah
berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu. Baginda
dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia
dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai
patah dan akhirnya jatuh ke tanah. Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir
bersama puteranya, sebilah pedang di tangan kanan, sebiji telur di tangan kiri
dan selaras senapang di bahu kanan. Puteranya dinamakan Raja Donan atau turut
dikenali dengan Awang Donan.
Raja
Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik atau
buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa
celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja
Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu
percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh
puteranya. Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh
Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara
ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka berdua dengan penuh kasih
sayang.
Setelah
meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi
sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika itu, datang seekor gagak betina
yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja Donan. Burung gagak bersetuju
untuk mengajar Raja Donan membuat seruling, dengan syarat Raja Donan memberikan
kerak nasi kepada anaknya. Raja Donan telah memukul mata gagak dengan kerak
nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang buta menjadi celik. Kemudian
burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling. Gagak menyuruh
Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh yang
hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling.
Pada
waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling. Ketika
itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya
yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Setelah
meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, Raja
Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin untuk membantu ayahandanya.
Berlaku
pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan Tujuh. Raja
Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja Mambang.
Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan
Bongsu. Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk
membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu
sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Ketika belajar
bersilatlah Raja Donan Berjaya membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketujuh-tjuh
bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan buaya putih.
Sebelum
pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan kembali ayahandanya
yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di atas
sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T
dan membangkitkan asal usul keturunannya. Pada masa yang sama, Raja Donan
menabur beras putih sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada
mayat ayahandanya.Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa
baginda telah dihidupkan oleh anakandanya Raja Donan. Raja Madong Bongsu insaf
dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya.
Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat yaitu
penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh.
Setelah gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong Bongsu pulang semula ke
negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau
Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga
gagal kerana Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh
menjelma menjadi gabus.
ANALISIS
HIKAYAT RAJA DONAN :
·
Unsur
Instrinsik :
1. Tema :
Keistimewahan dan kepahlawanan seorang putera raja
2. Plot :
Maju
3. Latar :
1. Latar tempat :
Istana
Raja Madong Bongsu , Gunung mandi angin , dan Pulau Sembilan
2. Latar waktu :
-
Pada
zaman pertembungan budaya hindu-islam, buktinya ada unsur kesaktian
(Hindu:orang mati dihidupkan kembali, Islam : doa Raja Donan dimakbulkan.).
3. Latar Suasana :
Bahagia,menegangkan,
menakutkan, menyedihkan.
4. Karakter :
a) Raja Donan :
Pintar
: Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma
menjadi gabus
Berani : Raja Donan kemudiannya
berpura-pura baik sebagai satu muslihat
untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.
Penolong : Raja Donan melayang ghaib
ke negeri Gunung Mandi Angin unutk membantu ayahandanya.
b) Ayah Raja Donan
Zalim : Raja Madong
Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk
membunuh puteranya.
Insaf : Raja Madong Bongsu insaf
dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya
c) Temenggung Bendahara dan Mak Inang
Tanda
Baik hati :Sebagai pengasuh Raja
Donana
d) Raja Mambang Nan Bongsu
Serakah : Pembunuh ayah Raja Donan
5. Amanat :
Jangan terlalu percaya perkataan orang lain . Kita harus
mengurangi rasa kekejaman terutama kepada anak .
6. Sudut pandang :
Sudut
pandang orang ke-3 sebagai pengamat
·
UNSUR EKSTRINSIK
:
1. Nilai Religius :
Bukti : . Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul
keturunannya.
2. Silsilah :
Bukti
: Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia
dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai
patah dan akhirnya jatuh ke tanah.
3. Nilai moral :
Bukti
:
- Raja
Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan
untuk membunuh puteranya.
-
Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara
dan Mak Inang Tanda Pengasuh.
4. Nilai pendidikan :
-Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan
cara untuk membuat seruling.
-Raja
Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar
ilmu persilatan dengannya.
Makasih atas penjelasan tentang isi hikayatnya ya? jangan lupa visite back my blog di http://valenciaprdnrz.blogspot.com/
BalasHapusTerima kasih banyak dengan hikayatnya..sangat membantu
BalasHapus